Thursday, 20 March 2014

AYAM KICAP REMPAH KARI



rsz_ayam_masak_kicap_rempah_kari (1)












BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang saiz besar
1 biji tomato, belah 6
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1/3 cawan kicap lemak manis JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
1/4 camca teh cuka makan JALEN
1 camca besar rempah kari daging BABA'S
2 camca besar cili kisar
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan 1 camca besar serbuk kunyit, perap 15 minit, kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan. Kentang dikupas, kemudian potong bentuk wedges, gaul dengan sedikit garam dan goreng dengan api kecil hingga kentang keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah bahan2 kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan ayam, gaul hingga mesra. Tambah hirisan bawang besar, cuka makan, cili hijau dan cili merah. Kacau dan masak hingga pekat (yang ni terpulang samada anda nak berkuah atau sedikit kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

TOMYAM



rsz_tomyam_dobo-dobo






BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping peha ayam bersaiz besar, potong kecil (che mat potong 8) cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 4
2 batang putih jagung, hiris serong
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 biji bawang besar belah 6
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 helai daun limau purut
8 biji cili padi, ketuk sedikit
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
2 liter air
3 kiub tomyam MAGGI
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air, serai, halia, daun limau purut dan kiub tomyam MAGGI. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan masak sekejap. Tambah bunga kobis, cili padi, daun ketumbar, cendawan dan putih jagung. Masak dengan api sederhana.
  2. Masukkan sos ikan secukup rasa (kalau takde, guna garam), sedikit gula dan jus limau kasturi. Kacau rata. Akhir sekali tambah tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, mi atau dimakan begitu sahaja..

GULAI NANGKA SAMA TULANG IKAN TUALANG


rsz_nangka_muda_masak_lemaks


BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg nangka muda yang telah siap disiang, celur hingga 1/2 empuk dan toskan
6 - 7 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci kuyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai titik, bahan2 kisar halus dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin (toskan)dan asam gelugor. Tuang air jika perlu, biar mendidih.
  2. Bila nangka empuk, tuang pati santan, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain..