BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping peha ayam bersaiz besar, potong kecil (che mat potong 8) cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 4
2 batang putih jagung, hiris serong
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 biji bawang besar belah 6
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 helai daun limau purut
8 biji cili padi, ketuk sedikit
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
2 liter air
3 kiub tomyam MAGGI
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa dan secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, masukkan air, serai, halia, daun limau purut dan kiub tomyam MAGGI. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan masak sekejap. Tambah bunga kobis, cili padi, daun ketumbar, cendawan dan putih jagung. Masak dengan api sederhana.
- Masukkan sos ikan secukup rasa (kalau takde, guna garam), sedikit gula dan jus limau kasturi. Kacau rata. Akhir sekali tambah tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, mi atau dimakan begitu sahaja..
No comments:
Post a Comment